Home Berita PAS Kedah

ADUN Ayer Hitam lawat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia

249
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG SERA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim meluangkan masa melawat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia cawangan Padang Sera, kelmarin.

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) cawangan Padang Sera ini baharu beroperasi sekitar sebulan yang lalu.

YB Azhar Ibrahim berkata PEDi menawarkan banyak kemudahan yang berkait dengan perkhidmatan internet seperti kursus online, keusahawanan, dan lain-lain.

“Terdapat 20 set komputer dengan kerusi meja yang selesa, liputan Unify sehingga 300 mbps, pendingin hawa yang sempurna, kawasan yang bersih, parking yang luas dan kakitangan yang mesra,” ujarnya.

Tambah beliau, PEDi Padang Sera juga dalam persiapan mewujudkan one stop center yang menawarkan perkhidmatan berkait dengan dunia digital termasuk perkhidmatan kesihatan, kurier, semakan status dengan agensi-agensi kerajaan dan seumpamanya.

Urus Setia PEDi Padang Sera, Puan Fatin Sabrina Halim menjelaskan PEDi ketika ini sedang mengadakan promosi untuk menarik masyarakat setempat untuk datang jadi ahli dan dapatkan perkhidmatan yang disediakan.

Turut hadir Ahli Jawatankuasa PKWR DUN Ayer Hitam, Rodzi Mat Isa.