Home Berita PAS Kedah

Ameerah Langkawi anjur Program ‘Hiking’ Santai Anak Muda Bukit Kechubung

259
SHARE

Oleh SHAKIRAH

LANGKAWI – Ameerah Langkawi menganjurkan Program ‘Hiking’ Santai Anak Muda di Bukit Kechubung, Langkawi, Kedah dengan mengumpulkan peserta dari kalangan masyarakat umum, baru-baru ini.

Program ini turut di sertai oleh beberapa orang pimpinan Ameerah Langkawi dan AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Langkawi.

Program dimulai dengan taklimat ringkas daripada ‘guider’ dan Unit Keselamatan Briged Langkawi dan ‘warming up’.

Program  ini bertujuan untuk mentadabur alam yang indah dan memperlihatkan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

Ketua Ameerah Langkawi, Zakiah Kamaruddin berkata program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara Ameerah Langkawi dengan masyarakat serta memberi perhatian kepada aspek kesihatan tubuh badan.

Selain itu, peserta diperkenalkan tentang Ameerah Langkawi, Nusaibah Langkawi dan Briged Langkawi dari aspek peranan dan tangungjawabnya kepada masyarakat.