Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
KUALA NERANG – Seramai 60 asnaf dan ibu tunggal yang terpilih terima sumbangan bantuan Beras Sejahtera dari Kerajaan Negeri Kedah menjelang Ramadan yang bakal tiba.
Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz turun mengiringi ADUN Kuala Nerang YB Hj Munir@Mohamad Yusoff Zakaria menyampaikan sumbangan bantuan tersebut.
Menurut Ustaz Azam, 40 orang penerima terdiri daripada empat kampung iaitu Kampung Belimbing, Kampung Barokhas dan Kampung Bukit Nambua serta 20 penerima dari Kampung Naiteh dan Bukit Tembaga.
“Sumbangan ini merupakan daripada kerajaan negeri dan disampaikan melalui pejabat-pejabat penghulu kampung dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR),” ujarnya.
Turut hadir, Penghulu Kuala Nerang, Iskandar Hasdi Ismail dan Penghulu Naiteh, Ridwan Abdullah serta Ahli Jawatankuasa PKWR DUN Kuala Nerang.