Home Berita PAS Kedah

Mangsa ribut Sungai Tiang dapat perhatian ADUN Tokai

225
SHARE

Oleh ANA NAJWA

PENDANG – ADUN Tokai, YB Dato’ Dr Mohd Hayati Othman bergegas ke lokasi kejadian ribut yang melanda Felda Sg Tiang, kelmarin.

Beliau berkata, hampir 50 buah rumah telah terlibat ribut akibat angin kuat yang berlaku sekitar jam 7 petang semalam.


“Bencana ribut ini menyebabkan sebahagian bumbung rumah penduduk diterbangkan angin serta pokok-pokok besar tumbang menghalang jalan.

“Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pendang dan DUN Tokai akan mengambil tindakan susulan terhadap rumah-rumah yang terlibat dalam kejadian ribut ini,” ujarnya.

Tambah beliau, Jabatan Amal kawasan Pendang dibawah Dewan Pemuda PAS akan turut turun bersama penduduk Felda Sg Tiang bagi membantu mengalihkan pokok-pokok tumbang dan atap yang terbang.

Beliau turut berharap penduduk Felda Sg Tiang bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini.