Home Berita PAS Terengganu

Anak muda harus ambil pengalaman siasah

177
SHARE

Oleh : WR Sarah

MERSING – Anak-anak muda hari ini seharusnya mencari pengalaman bertugas pada Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Johor bagi mendapatkan kemahiran kerja-kerja siasah.

Timbalan Ketua Muslimat Kuala Nerus, Norizan Husin berkata, pengalaman tersebut jarang dilalui, terutama bagi pengundi kali pertama.

“Untuk sama-sama semangat bagi memperjuangkan agama, serta kenalkan pentingnya kita memilih kepimpinan yang utamakan Islam.” iujarnya

Beliau berkata demikian selepas menziarahi para pengundi di Felda Tenggaroh untuk calon Perikatan Nasional, di sini semalam.

Menurutnya, seramai 10 orang dalam kalangan Muslimat dan sembilan petugas Ameerah, bersama beliau beekelpen untuk PRU ke-15 bagi Johor itu

Katanya, antara tugasan yang diberikan ialah beramah mesra rumah ke rumah menyantuni masyarakat.

Dalam pada itu, Ameerah menyediakan hadiah ‘Hari Lahir’ istimewa kepada semua pemgundi muda setempat.

Menurut Penyelarasnya, Wan Nur Sakinah Din, kehadiran mereka menjadi kejutan kepada keluarga yang mereka lawati.

*ayah kepada penerima hadiah hari lahir terkejut kerana keluarga sendiri tidak ingat tarikh lahir anak mereka,

“Mereka ucapkan terima kasih kepada petugas kami yang hantar hadiah ke depan pintu rumahnya.” tambahnya