Home Berita PAS Perlis

PASTI Perlis adakan majlis, iktiraf pengorbanan guru

167
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 25 Feb: PASTI Negeri Perlis telah mengadakan Majlis Penghargaan PASTI Negeri Perlis 2021 pada 20 Oktober lalu, bertempat di Putra Regency Hotel, di sini.

Seramai 150 orang guru PASTI, hadir pada majlis anjuran Jabatan Pendidikan PASTI Perlis itu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs), Baharuddin Ahmad, Ketua Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil dan Ketua Muslimat PAS Negeri Perlis, Nor Shahirah Mat Salleh hadir selaku tetamu jemputan.

Dua anugerah telah disediakan iaitu Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Perlis 2021 dan Anugerah Guru Komited.

Cikgu Noor Baizura Ahmad telah dipilih menerima Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Perlis 2021 sementara Anugerah Guru Komited pula telah diberikan kepada 70 orang guru PASTI yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan sepanjang tahun 2021.

Ustaz Asrul Aimran ketika dihubungi berkata, majlis berkenaan diadakan sebagai menghargai komitmen serta pengorbanan para guru PASTI di negeri ini.

“Jasa serta pengorbanan para guru PASTI ini tidak ternilai jika dibandingkan dengan apa yang mereka perolehi.

“Tanpa penat dan lelah mereka, tidak mungkin PASTI Negeri Perlis dapat melangkah hingga sejauh ini bersama rentetan pencapaian yang amat membanggakan,” katanya.

Pada majlis berkenaan juga turut diadakan sesi penyerahan watikah pelantikan kepada seramai 15 orang ALP PASTI Negeri Perlis bagi sesi 2021 – 2023 serta penyampaian cenderahati kepada seramai 4 orang ALP.

Perasmian majlis disempurnakan oleh Setiausaha BPPNPs, Baharuddin Ahmad.