Home Berita PAS Kedah

Bilangan warga dikuarantin meningkat, PKWR Tanjung Dawai giat edar bantuan

84
SHARE

Oleh ANA NAJWA

TANJUNG DAWAI – Akhir-akhir ini, warga DUN Tanjung Dawai yang dikuarantin akibat Covid-19 menunjukkan peningkatan dari hari ke hari.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai dengan bantuan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Penyelia Zon mengambil inisiatif untuk bekerjasama menyampaikan bantuan kepada 19 buah keluarga yang dikuarantin.

Menerusi perkongsian maklumat yang diberikan, ianya telah memudahkan pihak PKWR untuk menyalurkan bantuan secara terus dan segera.

Bantuan yang diberikan berupa barangan keperluan dapur untuk meringankan beban mereka yang dikuarantin.

“Jika tidak sempat dihantar pada waktu siang, malam pun tidak menjadi masalah untuk saya dan pegawai PKWR untuk menghulurkan bantuan,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Hj Ghazali menerusi facebook beliau.

YB ADUN turut memanjatkan doa agar kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah ta’ala.