Oleh AMAL NABILA
SUNGAI PETANI – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Merbok (JAMKM) hadir membantu menjalankan operasi sanitasi di Sekolah Agama Daris, semalam.
Komandan JAMKM, Mohd Affan Ammar berkata, proses nyah cemar itu dikendalikan oleh Unit Sanitasi dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok.
“Ini bukanlah pertama kali JAMKM turun padang menjalankan operasi sebegini.
“Sebelum ini, kami berjaya bantu sanitasi 13 buah masjid, empat bangunan pejabat, 30 PASTI dan sekolah, serta puluhan rumah penduduk yang telah menjalani kuarantin,” ujarnya.
Katanya, usaha ini adalah untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang mencetuskan kluster sekolah.