PENDANG – Seorang penduduk yang terlibat dalam kemalangan jalan raya disini menerima sumbangan katil sakit dari Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Haji Awang Hashim.
Mangsa kemalangan, Azmin Ahmad Shukri retak tulang pinggul dan patah kaki selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pendang Tanah Merah minggu lalu.
Sumbangan katil sakit itu disampaikan oleh Setiausaha sulit YB Datuk Haji Awang Hashim, Saiful Syazwan Shafie.
Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Pendang mendoakan agar ahli keluarga Azman diberikan kesabaran menghadapi ujian ini dan saudara Azman segera kembali sembuh seperti sedia kala.