BAGAN SERAI, Pertemuan di antara En. Ahmad Rosman, Pegawai Khas yang mewakili YB Tuan Haji Razman Zakaria, Adun Gunung semanggol Bersama Penghulu Mukim Semanggol, Penghulu Mukim Bagan Serai Utara, Penghulu Mukim Bagan Serai Selatan, dan Penghulu Mukim Selinsing.
Motif utama pertemuan ini merupakan kerjasama untuk membincangkan alternatif-alternatif baru yang boleh dilakukan dalam usaha untuk memajukan Kawasan Dun semanggol pada tahun 2022 dan waktu akan datang.
Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, para penghulu mukim yang dilantik akan tetap memastikan kebajikan rakyat terbela dan tiada yang tercicir.
Selain itu, tanggungjawab utama yang digalas oleh para penghulu yang dilantik bertujuan untuk merapatkan ukhwah di antara penduduk-penduduk Dun Gunung Semanggol dalam segala aktiviti-aktiviti yang dirancang.
Di samping itu, segala program yang dirancang dan akan dilaksanakan pastinya akan menjamin kesucian agama Islam berlandaskan syariah yang ditetapkan.
Semoga dengan perlantikan wajah-wajah baru yang unggul ini dapat menjana idea-idea yang lebih mantap dan jitu di bawah kepimpinan YB Tuan Haji Razman Zakaria, Adun Gunung Semanggol.
#SemanggolSejahtera
#RakyatTerbela