Home Berita PAS Pahang

Muslimat PAS Paya Besar ziarah ukhuwah mualaf

67
SHARE

Oleh: AZURA AWANG

PAYA BESAR, 25 Jan :: Lajnah Dakwah bersama Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Kawasan Paya Besar telah membuat lawatan ke rumah mualaf di sekitar DUN Panching dekat sini petang semalam.

Lawatan ini bertujuan menyantuni dan menyampaikan sumbangan banjir kepada mereka yang terlibat banjir baru-baru ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Paya Besar Ustazah Norzilah Hussain mengetuai ziarah ukhuwah itu diiringi Naib Ketua, Norsiah Shuib, dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Sabariah Muda.

Ustazah Norzilah turut berkongsi nasihat dan mendoakan agar semua mereka terus istiqamah dengan agama Islam dan sentiasa mengingati Allah SWT walau dalam apa keadaan sekalipun serta sentiasa mengikuti kelas-kelas agama yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Hakimi Tan yang tinggal di Kampung Bukit Rangin 2, memeluk agama Islam pada tahun 2021 begitu seronok menceritakan pengalaman beliau bersama Islam dengan mengikuti kelas agama dan belajar mengaji dari anaknya yang berusia 10 tahun.

Ketika ditanya bagaimana Hakimi Tan terbuka hati untuk memeluk agama Islam, beliau berkata “mek” sambal ketawa dan menunjukkan ke arah isterinya.

“Mek satu lain lo, saya punya rasa hati mau masuk,” kata beliau.