DERGA – Hal Ehwal Wanita (HALWA) DUN Derga telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang pertama bagi sesi 2021/2023 yang bertempat di Surau Taman Serindit, baru-baru ini.
Mesyuarat ini dihadiri oleh 15 ahli jawatankuasa yang bertujuan membuat pelantikan baharu serta membuat perancangan aktiviti bagi sesi ini.
Seusai mesyuarat, empat wakil HALWA DUN Derga meneruskan aktiviti ziarah dan menyampaikan sumbangan berbentuk wang dan barangan keperluan kepada balu-balu para pejuang PAS sekitar DUN Derga.