Home Berita PAS Kedah

400 penduduk Bukit Lada terima bantuan Beras Sejahtera

217
SHARE

POKOK SENA, 12 Jan – Lebih 400 penduduk Bukit Lada yang memerlukan menerima bantuan Beras Sejahtera daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Bukit Lada, baru-baru ini.

Bantuan Beras Sejahtera itu disampaikan oleh ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood di 16 lokasi iaitu Bukit Larek, Panchor, Derang, Padang Temusu, Menerong, Kuala Lanjut, Kampung Bukit Sireh, Kampung Bendang Baru, Kampung bukit, Namput, Gajah Mati, Padang Kunyit, Bukit Teriak, Kampung Keranji, Kampung Pulau serta Masjid Minangkabau.

Pegawai Khas ADUN Bukit Lada, Mohd Hanifi Jamaluddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri atas inisiatif bantuan Beras Sejahtera kepada penduduk termiskin setiap DUN.

 

“Seperti firman Allah taala sekiranya penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa nescaya kami akan turunkan keberkatan daripada langit.

“Insya Allah sekiranya turun keberkatan makin banyak program kebaikan yang kita boleh buat kepada rakyat negeri kedah”, ujarnya.

Menurut maklumat, agihan bantuan Beras Sejahtera PKWR Bukit Lada pada kali ini adalah bagi tahun 2021.

Setiap kampung menerima sebanyak 25 kotak Beras Sejahtera. Bantuan Beras Sejahtera adalah bantuan keperluan makanan dan beras oleh Kerajaan Negeri kepada penduduk termiskin di setiap ADUN.