Home Berita PAS Pulau Pinang

Warga Nibong Tebal terus menyokong Khidmat Malaysia

296
SHARE

Oleh NAZRI ABD HAMID

NIBONG TEBAL, 2 JANUARI – Warga penduduk Nibong Tebal sentiasa membantu dan menyokong kuat usaha Khidmat Malaysia di sini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Nibong Tebal Nor Zamri Latiff berkata, dalam mereka merangka dan menyusun gerak operasi kali ke2 ke Selangor pada kali ini penuh bererti dan beremosi.

“Terharu menerima sumbangan tidak putus-putus dari orang ramai, yang pelbagai bentuk samaada wang tunai dan kelengkapan membersih dan mencuci termasuk High Pressure Cleaner Water Jet sebanyak 8 unit,” kata Nor Zamri.

Menurut Nor Zamri, beliau telah mengatur dan koordinasi Team Khidmat Malaysia(KM) Pulau Pinang dan Jabatan Amal Pulau Pinang dalam operasi kali ke-2 pada hujung minggu ini.

“Seramai 108 orang petugas dan sukarelawan dari semua kawasan di Pulau Pinang akan membantu penduduk Sri Nanding membersih dan mencuci rumah mereka.

Nor Zamri berkata,“Pada banjir kali ini lebih kurang 1000 rumah penduduk di Taman Sri Nanding terjejas teruk di sini”,

“Banyak rumah ditengelami sehingga ke paras bumbung pada 19 Disember yang lalu, boleh dianggarkan kerugian besar yang terpaksa mereka hadapi ,”

“Bagi meringankan beban mangsa banjir di Hulu Langat banjir kali ini, kami (KM) akan terus membantu sedaya mungkin dan akan terus mengerakkan usaha ini sehingga keadaan pulih”, kata Nor Zamri yang dalam perjalanan ke Selangor.