Oleh ANA NAJWA
KUALA MUDA, 23 Dis – Timbalan Speaker DUN Kedah /ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim menyampaikan sumbangan penghargaan kepada petugas barisan hadapan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kuala Muda Ops Monsun Timur Laut, Jumaat lalu.
Majlis Penghargaan ini bagi menghargai titik peluh Anggota RELA Ops Monsun Timur laut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Mereka berperanan sebagai barisan hadapan dalam setiap penugasan seperti Sekatan Jalan Raya (SJR), Penugasan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Kuarantin Pejabat Kesihatan Kuala Muda dan sekitar daerah Kuala Muda.
YB ADUN mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas tanggungjawab bagi menjalankan tugas sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Majlis diadakan di Maahad Tahfiz As-Safwah Lil Banat Padang temusu dengan lancar dan mengikut Prosedur Operasi Standard (S.O.P) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 yang ditetapkan.
Didoakan agar mereka diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk terus berbakti kepada rakyat dan negara.
Turut hadir bersama Tuan Kartisen A/L Muniappan Pemangku Pegawai RELA Daerah Kuala Muda.