Home Berita PAS Kedah

27 Usahawan Kecil Wanita terima bantuan

125
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM, 22 Dis – Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Ayer Hitam telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan Tabung Wanita Sejahtera di pejabat PKWR.

Seramai 27 orang usahawan kecil wanita dalam DUN Ayer Hitam terpilih untuk menerima bantuan one off sebanyak RM500 seorang daripada Kerajaan Negeri Kedah.

Sumbangan di sampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam YB Cikgu Azhar Ibrahim di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Ayer Hitam.

 

“Walaupun tidaklah sebesar mana, namun bantuan ini dapatlah sedikit sebanyak menokok usaha usahawanita terpilih ini mengembangkan perniagaan mereka”,ujar YB.

Justeru itu ujar YB lagi “gunakanlah sumbangan ini untuk kembangkan perniagaan,bila sudah berjaya harap dapat sumbang pula”.

Turut hadir bersama ialah Pengarah PKWR Dun Ayer Hitam Ustaz Abdul Hadi Omar dan Timbalan Pengarah Hj Ghazali Md Isa.