Home Berita PAS Kedah

Rumah baru ganti rumah usang

296
SHARE

Oleh ANA NAJWA

JERAI, 22 Dis – Seorang penduduk yang memiliki rumah using sebelum ini, menarik nafas lega selepas hasratnya untuk memiliki rumah yang lebih selesai tercapai.

Rumah yang didiami Encik Zainal Ali, 62 tahun sebelum ini sudah usang dan sudah tidak selamat untuk didiami.

Beliau kemudiannya mengemukakan permohonan ke Pejabat Wakil Rakyat Parlimen Jerai dan permohonan beliau telah diajukan kepada pihak Kementerian Perumahan Luar Bandar (KPLB).

Kini rumahnya di Kg Batu 5 Jalan Jeniang, Gurun sudah siap sepenuhnya selepas melalui tempoh yang lama akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara.

Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit mengambil kesempatan menyantuni Encik Zainal dan isteri di kediaman mereka Jumaat lalu.