Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh
Pak Teh amat bersimpati dan sentiasa mengikuti khabar berita mangsa banjir yang berlaku di Selangor serta negeri lain yang terkesan.
Oleh itu, Pak Teh menyeru dan mengarahkan kepada semua ahli PAS Perak untuk bersiap siaga bagi mengerahkan keringat dan tenaga untuk kita bersama merasai ujian sahabat sahabat kita disana.
In Sha Allah mobilisasi dan pengarahan selanjutnya bakal dikeluarkan untuk turun sama membantu bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat melalui kerja – kerja pembersihan yang akan dijalankan nanti.