Home Berita PAS Kedah

Sumbangan Wanita Sejahtera dari Kerajaan Negeri Kedah.

253
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUALA NERANG, 13 Dis – Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan bantuan sumbangan wanita sejahtera kepada peniaga-peniaga wanita yang berpendapatan sebulan RM1,000 ke bawah.

Sekitar jam 12 tengahari kelmarin bertempat di Dewan Kompleks PAS Kuala Nerang, seramai 27 orang penerima hadir untuk menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri Kedah sebanyak RM500.

Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Kuala Nerang Yang Berhormat Hj.Munir@Mohamad Yusoff Zakaria bersama Yang Di Pertua PAS Padang Terap Ustaz Mohd Azam Abd Aziz turun menyampaikan sumbangan tersebut.

“Dengan adanya sumbangan wanita sejahtera ini menggambarkan Kerajaan Kedah amat prihatin dengan masalah rakyat yang mana inilah antara tugas sebuah kerajaan memastikan rakyat tanpa mengira agama,bangsa dan fahaman politik agar tidak tercicir dari menikmati secara bersama hasil mahsul dalam negeri” ujar Ydp Mohd Azam di awal ucapan program tersebut

Menurutnya Yang Dipertua Ustaz Azam lagi ,”Peranan kerajaan untuk membawa rakyat menuju keredhoan Allah dan Islam amat menitik beratkan soal keadilan.Manakala rakyat juga berperanan membantu kerajaan dalam pembangunan sesebuah Negeri dan Negara”.

Justeru itu Adun Kuala Nerang YB.Munir merakamkan ucapan .”Alhamdulillah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Hj.Sanusi Md.Nor atas keperihatian membantu peniaga wanita.Moga di berkati usaha murni ini dan moga perniagaan mereka berkembang maju serta di berkati Allah” ujar YB.

Turut hadir sama dalam program tersebut ialah setiausaha PAS kawasan En.Rosli Jaaffar, jawatankuasa PKWR dan JPrD Dun Kuala Nerang.