Home Berita PAS Kedah

Charity Funride with YB Azhar, tingkat kesedaran bersukan

148
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

KUBANG PASU, 23 Nov – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Kubang Pasu menganjurkan ‘Charity Fun ride with YB Azhar’ bagi meningkatkan kesedaran bersukan dalam kalangan masyarakat Ayer Hitam.

Kayuhan yang bermula di Kampung Jeruju Tambak Baru itu diketuai oleh ADUN ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim.

“Kayuhan santai ini sambil menyampaikan sumbangan kepada warga kampung yang uzur dan asnaf di sepanjang 18 km perjalanan yang merentas tiga Daerah mengundi iaitu Kubang Nipah, Pekan Ayer Hitam dan Lubuk Pinang,

“Sebahagian besar hadiah bakul dan hamper makanan disumbangkan oleh pihak pegawai daerah dan Muslim Care Society, pihak kami sangat terhutang budi kepada mereka”.

PKWR juga mendapat kerjasama penuh dari pihak polis trafik Kubang Pasu dan Jabatan Amal Jerlun yang sentiasa mengawasi kayuhan yang berlangsung lebih kurang 3 jam.

AADK Kubang Pasu turut mengadakan Pameran dan Khidmat Nasihat kepada warga Kampung Jeruju Tambak Baru.

Turut serta dalam kayuhan ini ialah Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tn Hj Mohd Arof Darus, Tok penghulu Mukim Jerlun, Tuan Sofi dan sahabat-sahabat dari majlis perbandaran Kubang Pasu serta pimpinan masyarakat setempat.