Oleh RAHIM ABDULLAH
BAKRI, 22 Nov : Seramai 17 orang dari Kontinjen PAS Kawasan Bakri turut membantu dalam proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai petugas PACA (Polling Agent Couting Agent) seawal jam lapan pagi hingga jam 7.30 petang, yang berlangsung kelmarin.
Kontinjen PAS Bakri telah ditempatkan untuk bertugas di Sekolah Kebangsaan Merlimau 2 yang berada di Kawasan Dun Merlimau.
Terdahulu, para petugas dari kontijen PAS Bakri telah bertungkus-lumus dari proses penamaan Calon, sehingga tamat proses PRN Melaka dengan membantu berkempen dengan memasang bendera, poster, gambar calon dan pelbagai lagi untuk memenangkan calon Perikatan Nasional N27 DUN Merlimau, Hj Abd Alim Shapie.
Selain itu, Lajnah Penerangan Pas Kawasan Bakri yang diketuai En ZulhelmyHafiz Mohd Suhut turut di arahkan untuk membantu Penerangan Kawasan Merlimau dalam menyampaikan mesej dan manifesto yang dibawa oleh calon Perikatan Nasional selain menganjurkan bual bicara bersama beliau.
Yang Di Pertua PAS Kawasan Bakri, Ustaz Kamallunnizam Mohd Suhut, merakamkan jutaan terima kasih kepada semua petugas PAS Bakri yang membantu di PRN sejak dari awal kempen hingga tamat.
Turut di berikan penghargaan adalah Pengarah JPrP PAS Kawasan Bakri, Rashid Abd Rahman yang telah banyak menguruskan perancangan dan gerakerja petugas di PRN Melaka.