OLEH: ROZAIDI TAIB
SERKAM, 19 Nov – Isu pengharaman lesen judi oleh Kerajaan Negeri Kedah memberi kesan positif bagi penambahan jumlah undi yang bakal diterima oleh calon Perikatan Nasional(PN) pada Pilihanraya Negeri(PRN) Melaka Sabtu ini.
Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kedah, Kapten (B) Zamri Ibrahim menyatakan rata-rata pengundi yang ditemui menyatakan sokongan atas usaha yang amat berani dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi membendung perbuatan yang menyalahi ajaran agama Islam itu.
“Ramai yang berharap usaha ini dilaksanakan oleh Kerajaan yang lain kerana industri judi ni hanya menambahkan penyakit dalam masyarakat,” katanya yang ditemui semasa membantu kempen calon Dewan Undangan Negeri(DUN) N.26 Serkam, Ustaz Ustaz Ahmad Bilal Rahudin yang mewakili PN dalam PRN Melaka ini.
Mengulas gerak kerja petugas Pilihanraya PAS Kedah, Kapten Zamri yang mengetuai bilik gerakan yang terletak bersebelahan Madrasah Tahfiz Al-Quran Ibnu Talib, Serkam Pantai berkata kehadiran petugas silih berganti dari Kedah mengikut Kawasan seperti diarahkan oleh Jabatan Pilihanraya untuk membantu di DUN N.26 Serkam.
“Seramai 25 petugas tetap ditugaskan mengikut kapasiti bidang tugas masing-masing termasuk muslimat sejak bilik ini dibuka 10 hari yang lalu,
“Pengalaman berkempen dalam norma baru amat penting dan berharga sebagai persiapan bagi petugas berkongsi pengalaman sekembalinya ke Kedah nanti,” ulasnya.
Ditanya mengenai pendekatan kempen, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Alor Setar menyatakan pengundi di DUN Serkam harus mengambil iktibar tentang undi yang diberi kepada calon yang dipilih semasa PRU-14 yang lalu seolah-olah tidak dihargai kerana sanggup membubarkan DUN Melaka atas alasan yang remeh-temeh serta perbalahan sesama sendiri berhubung perebutan harta rakyat.
“Kalau nak bagi Pakatan Harapan(PH) amatlah tidak patut sebab semua rakyat tahu DAP yang akan menguasai segala dasar dan pentadbiran jika depa menang,”tambahnya
Jesteru beliau mengharapkan rakyat Melaka membuat perubahan dengan mengundi PN dalam PRN ini yang pastinya akan menawarkan kelainan dengan pembenterasan rasuah dan penyelewengan, adil serta menjunjung tinggi agama Islam.
“Bukti telah ada di Kelantan danTerengganu serta yang terbaru di Kedah jelas menunjukkan PAS yang merupakan salah satu parti komponen dalam PN punyai rekod bersih dan tidak terpalit dengan penyelewengan serta rasuah sepanjang pentadbirannya,” jelasnya.
Dun N26 Serkam mempunyai 15,977 pengundi membabitkan 4 calon yang bakal berentap menampilkan Ahmad Bilal Rahudin(PN – PAS), Nor Alan shah Hazali(Bebas/IND), Muhammad Khomeini Kamal(PH – Amanah) dan Datuk Zaidi Attan(BN – UMNO) yang merupakan penyandang pada PRU-14 yang dengan majoriti 2,737 undi.