Home Berita PAS Kedah

Tutup premis judi di Kedah : Langkah berani kerajaan negeri wajar dipuji

541
SHARE

ALOR SETAR, 15 Nov – Dewan Ulama PAS Negeri Kedah memuji tindakan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor, bahawa tiada lagi lesen premis perjudian dibenarkan di negeri Kedah.

Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah,  Sheikh Muhammad Rodi bin Abdul Rahman berkata ianya suatu tindakan yang wajar dipuji semua pihak.

“Masyarakat negeri Kedah sedia maklum bahawa judi merupakan faktor penyebab keruntuhan akhlak, institusi kekeluarga dan kemakmuran bersama

“Banyak kes jenayah juga dilaporkan berpunci dari ketagihan judi seperti kecurian, persundalan dan sebagainya,” katanya.

Tambah beliau tindakan tegas ini sangat bertepatan dengan harapan dan hasrat Dewan Ulama PAS Kedah untuk melihat negeri ini dijaga dan ditadbir selaras dengan ketetapan hukum dan  arahan Islam.

“Islam merupakan agama yang bukan hanya merangkumi urusan akhirat, malah meliputi urusan kedunian dan urus tadbir sesebuah negara untuk kebaikan rakyat secara umumnya. Selaras dengan firman Allah SWT yang mafhumnya :-

“Wahai orang-orang yang beriman, Bahawa sesungguhnya arak, dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor serta keji sebahagian dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya agar kamu semua berjaya”(al Maidah ayat, 90)

“Dewan Ulama PAS Negeri Kedah menyokong penuh tindakan Kerajaan Negeri Kedah serta akan bersama  untuk kebaikan rakyat”, kata beliau.