Home Berita PAS Negeri Sembilan

Ziarah balu kematian suami maut ‘dilanggar’ jentolak

103
SHARE

Oleh : Faizah MY

KUALA PILAH, 13 November – Terasa amat kehilangan bagi Mariam Othman dari Kg Sungai Dua Besar apabila diuji dengan kematian suaminya baru-baru ini dan terpaksa menjaga 4 orang anak.

Menurut seorang penduduk di situ menceritakan arwah suaminya dikatakan ‘dilanggar’ jentolak yang menyebabkan tulang rusuknya patah.

Bertindak atas maklumat, ‘Team’ LKK PAS Kuala Pilah menziarahi keluarga tersebut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada keluarga beliau meskipun berdepan cabaran mendaki bukit yang tinggi dan curam sebelum sampai ke rumah beliau yang satu-satunya berada di atas puncak bukit di situ.

Seterusnya, sebuah keluarga lagi turut disantuni ‘Team’ LKK PAS Kuala Pilah di Kg Malan , Johol yang terletak hampir 15 km perjalanannya.

Di sana kami menemui seorang asnaf yang dikenali sebagai Halim berkata, “sakitnya tidak diketahui walaupun duduk di wad hospital selama 4 hari dan telah 2 bulan tidak dapat menelan nasi serta tidak dapat bekerja”, ujar beliau.

Kami mendoakan kedua-dua asnaf yang disantuni diberi kemudahan dan yang terbaik oleh dalam meneruskan liku kehidupan.

Turut serta Noorbibah Mahmood, Ketua LKK DMP Kuala Pilah dan Asmah, AJK LKK PAS Kuala Pilah selaku jurufoto.