Tahniah buat seluruh saff kepimpinan Jawatankuasa PAS Pusat 2021-2023
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan tahniah atas pelantikan seluruh saff kepimpinan Jawatankuasa PAS Pusat yang baharu untuk sesi 2021-2023.
Semoga seluruh kepimpinan sentiasa diberi taufiq dan hidayah oleh Allah SWT untuk memimpin seluruh ahli PAS membawa agenda Islam dalam suasana politik yang kini semakin mencabar.
BPPWP menyeru seluruh ahli dan jentera PAS khusus di Wilayah Persekutuan agar memberi taat dan wala’ yang sepenuhnya kepada kepimpinan untuk terus melaksanakan agenda yang telah digariskan.
Siiru ‘ala barakatillah.
‘Islam Menyatukan Ummah’
‘Wilayah Sejahtera’
USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
7 November 2021 l 2 Rabiulakhir 1443H