Home Berita PAS Wilayah

PAS Wilayah sokong penuh ucapan dasar Presiden

58
SHARE

PAS Wilayah sokong penuh ucapan dasar Presiden

Oleh FATIMAH SHAMSUDDIN

SETIAWANGSA, 6 Nov : PAS Wilayah Persekutuan di semua peringkat menyokong penuh Ucapan Dasar Presiden yang disampaikan dalam Muktamar PAS kali ke-67 pagi tadi.

Menurut Bendahari PAS Wilayah Persekutuan, LAr Haji Fauzi Abu Bakar, peranan PAS dalam membentuk keharmonian sehingga dapat menguasai kerajaan hari ini haruslah dihayati oleh generasi baru agar dapat merealisasikan perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam di bumi Malaysia.

“Aktiviti menyantuni golongan muda perlu lebih digiatkan kerana golongan muda kini berdepan banyak cabaran seperti mendepani cabaran ekonomi dan media baharu tanpa sempadan.

“PAS yang telah menjadi sebahagian kerajaan hari ini hendaklah meningkatkan kualiti pengurusan agar PAS terus kompeten melaksanakan hal ehwal pentadbiran dengan cekap dan tersusun,” jelasnya.

Disamping itu, beliau juga mengharapkan agar PAS terus maju dari sudut ekonomi dalam memenuhi keperluan semasa dan pembangunan rakyat.