Home Berita PAS Wilayah

PAS Bukit Bintang beri bantuan makanan untuk B40, M40

87
SHARE

Oleh DHIYA’ MUTTMAINNAH

BATU, 26 Okt: Jawatankuasa Tabung Bencana Covid-19 (TBC) Bukit Bintang dengan kerjasama PAS Kawasan Bukit Bintang telah menyalurkan bantuan kepada penduduk Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR), Sungai Besi 9 Oktober lalu.

Bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban penduduk yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 serta yang terjejas akibat pendemik Covid-19 yang lalu.

50 buah keluarga telah menerima kotak makanan asas serta ayam mentah dan buah-buahan.

Bantuan disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Bintang, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Bintang, Mohd Azemi Azman Johari, Ahli Jawatankuasa TBC, Noriah Yunus dan wakil pihak Kuarters JKR Sungai Besi, Azilailatul Akma Norzan.

Orang ramai dialu-alukan untuk menghubungi Hotline Bantuan COVID-19 PAS Bukit Bintang di talian 01135186770 jika memerlukan bantuan atau ingin berkongsi maklumat tentang penerima yang perlu dibantu.