Home Berita PAS Kedah

Waspada ancaman haiwan berbisa musim banjir

361
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

TANJUNG DAWAI, 21 Okt – Orang ramai diingatkan berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan haiwan berbisa yang menyelinap masuk ke dalam rumah ketika musim tengkujuh melanda ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai berkata, haiwan berbisa seperti lipan dan ular akan keluar dari tempat mereka ketika hujan melimpah.

“Apabila habitatnya ditenggelami air, haiwan berbisa ini termasuk tedung selar dan senduk akan mencari kawasan kering

“Semalam rumah milik Penyelia Zon Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai telah dimasuki seekor ular tedung selar” katanya.


Beliau ketika mengulas kejadian berkata, ular tersebut akhirnya ditembak selepas pihak bomba gagal. menangkapnya.

“Penduduk dinasiti mengambil langkah berjaga-jaga ketika membersihkan rumah dan jangan mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan haiwan berbisa sebaliknya menghubungi JPAM”, katanya.

Orang ramai yang menghadapi kesulitan dan kes kecemasan ketika banjir boleh menghubungi JPAM Kedah di talian 04-7321043, atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Kedah di talian 04-7344444.