Home Rencana PAS Selangor

Rezeki faham – DPPK Sungai Besar

108
SHARE

No photo description available.

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Besar

Selain harta dan anak soleh, ada satu lagi nikmat yang sangat perlu disyukuri. Itulah nikmat diberi kefahaman yang baik dalam agama dan dalam kehidupan.

Apabila berlaku sesuatu musibah, kita akan dapat beberapa nikmat jika bersabar. Bersabar dalam mengharunginya dan diberi pula faham untuk menempuh jalan yang sukar yang tidak akan dapat dirasai secara teori.

Ujian untuk faham satu, setelah diberi faham diuji untuk memahamkan pula orang lain. Bersyukur jika mampu beri faham, dan bersabar jika orang belum faham lalu tambahkan lagi ilmu untuk menambah faham. Boleh jadi ada yang kita silap faham dan orang salah faham.

Memberi faham satu tugas berat. Sebab itu dosa besar bagi orang yang menyesatkan orang dengan kefahaman yang salah.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas”.

(Al-An’am : 119)

“اللهم ارزقنا فهما”

Kredit : Ust Mohd Adlan Mokhtaruddin

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor