Home Berita PAS Selangor

Ziarah medik dan bantuan bakul makanan – PAS Kawasan Tanjong Karang

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

TANJONG KARANG, 15 Oktober – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tanjong Karang telah mengadakan ziarah medik yang diketuai oleh Dr. Hamid bersama team beliau ke lima buah rumah yang mana terdapat penduduk yang kurang sihat dan memerlukan sedikit pemeriksaan kesihatan.

Dalam waktu yang sama juga, pasukan berasingan yang dibantu oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Karang telah menyampaikan sedikit sumbangan bantuan berbentuk bakul makanan kepada 15 buah rumah yang ditenggelami air semasa fenomena air pasang besar tempoh hari.

Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka dalam meneruskan lagi kehidupan semasa pandemik COVID-19 ini.

May be an image of 3 people, people standing and outdoors“Sekiranya ada diantara jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan atau yang dalam kesusahan kerana dilanda bencana boleh maklumkan kepada Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang”, jelas PAS Kawasan Tanjong Karang.

Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan PUSAT KHIDMAT PAS Kawsan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan.

Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-

Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. akaun : 12083010021604
Akuan : PAS KAWASAN TANJONG KARANG

Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang : 0124867303

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor