Home Berita PAS Perak

Pusat Khidmat Adun Kubu Gajah ambil inisiatif daftar pengundi baru

74
SHARE

Oleh : Azizol Bajih

LARUT, Pusat Khidmat Adun Kubu Gajah mengambil langkah proaktif
dengan menganjurkan Semakan Daftar Pemilih Automatik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru baru ini.

Seramai 15 ribu didaftarkan di kawasan Larut dan hampir lima ribu di Dun Kubu Gajah. Rata-rata penduduk memuji tindakan Pusat Khidmat Adun yang cakna akan dasar terkini kerajaan dan menganjurkan program sebegini.

Seorang wakil penduduk, Azahari Mat Desa ketika ditemuramah pemberita menyatakan pendapat bahawa program sebegini harus dilakukan demi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya daftar pemilih.

Ketua Penolong Pendaftar Pemilih (PPP), Sidik Shapiee menyeru anak muda yang berumur lapan belas tahun dan ke atas untuk hadir menyemak pendaftaran bagi memudahkan pihak SPR membuat bancian.

Khalil Yahaya yang juga Adun Kubu Gajah ketika ditemui menyatakan harapan supaya program sebegini akan diteruskan lagi bagi memudahkan penduduk untuk mendaftar sebagai pemilih.

“Saya menyeru kepada semua masyarakat untuk sama sama membantu kerajaan dalam menangani isu daftar pemilih agar masyarakat dapat menjalankan tanggungjawab warganegara yang sewajarnya,” tambah beliau lagi.