Oleh IBNU JANIE
AYER KEROH, 5 Okt: Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Pembubaran tersebut diumumkan Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu sidang media khas di Seri Negeri, sebentar tadi.
Pembubaran ini adalah susulan daripada sidang media yang dibuat oleh ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Utama Idris Haron bersama dengan tiga lagi ADUN semalam yang menyatakan hilang sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
“Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Ke-14 pada 4 Oktober 2021 bersamaan dengan hari Isnin.
“Proklamasi Pembubaran Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 diwartakan pada hari ini 5 Oktober 2021, pada hari Selasa,” ujar Rauf dalam sidang media tersebut.
PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA
JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.
Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.
Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.
|