Oleh HANANI ABDULLAH
PENDANG, 4 Okt – Penduduk Kampung Tanjung Radin kini memiliki jalan baharu yang telah diturap.
Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Haji Awang Hashim melalui kenyataan di laman Facebooknya menzahirkan rasa syukur selepas beberapa jalan di kampung itu, sudah siap diturap sepenuhnya menggunakan peruntukan yang diluluskan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pendang.
Beliau berkata permohonan bagi menurap jalan-jalan dikampung ini telah dibuat beberapa kali oleh penduduk disini berikutan jalan sedia ada sudah tidak baik untuk penggunaan pelbagai jenis kenderaan penduduk disini.
“Selaku wakil rakyat Pendang, saya akan terus berikhtiar sebaik mungkin termasuk berbincang dengan semua pihak bertanggungjawab bagi memberi keselesaaan kepada rakyat Pendang” katanya.