Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Pandan
Oleh : Umar Al-Hayawi
PANDAN, 3 Oktober – PAS Kawasan Pandan bersama UMNO Bahagian Pandan menerusi Program Penyerahan Sumbangan Bantuan Asas, telah menyampaikan sumbangan di Apartment Merpati B, Pandan Indah kepada seramai 350 buah keluarga, pada pagi semalam.
Program ini turut dihadiri pimpinan parti UMNO termasuk YB Datuk Jamaluddin Ropa, YB Datuk Syed Mohd Fazmi Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia dan YB Dato’ Zahida Zarik Khan Ketua Puteri UMNO Malaysia.
Manakala pimpinan PAS Kawasan Pandan dihadiri oleh TYDP PAS Kawasan Pandan Sdra Jalil A Hassan, Setiausaha PAS Kawasan Sdra Ismat Nassir serta Ketua LKK Muslimat PAS Pandan Pn Rofeah.
Semoga sedikit bantuan yang telah dihulurkan ini dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka dalam meneruskan lagi kehidupan semasa pandemik COVID-19 ini.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor