Home Rencana PAS Selangor

PAS “solid” tentang special draw – Setiausaha BPPN Selangor

78
SHARE

No photo description available.

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Portal FMT dalam mengulas isu tentangan PAS terhadap cabutan khas sebanyak 22 kali setahun yang diluluskan MOF buat syarikat Operator Nombor Ramalan atau NFO telah memetk pandangan Ahmad Fauzi Abdul Hamid pensyarah dari USM yang berkata:

” it appeared as if there was tension between PAS’ “idealist backbenchers” who oppose the increase in draws and “realistic Cabinet members” who understand the need for cooperation within the government.”

Beliau beranggapan kononnya terdapat dua golongan dalam PAS iaitu pertama “backbenchers” yang idealis yang menentang tambahan kekerapan cabutan khas ini dan satu lagi iaitu ” anggota kabinet yang realistik” yang memahami dan terima akan keperluan berkerjasama dalam kerajaan.

Saya bersimpati dengan lemahnya bacaan dan pandangan beliau terhadap PAS dan pimpinannya dan saya lebih bersimpati pada para siswa yang duduk sebagai murid menadah ilmu dari beliau di USM.

Tentangan terhadap 22 kali cabutan khas ini datang dari seluruh akar umbi dan pimpinan PAS tanpa ada pengecualian termasuklah kalangan MP backbenchers PAS serta para Menteri dan Timbalan Menteri.

Menganggap kononnya ada dua golongan berbeza dalam mengambil sikap terhadap isu fundamental sebegini sesungguhnya mencerminkan betapa gagalnya beliau memahami PAS dan perjuangannya.

Dalam isu ini PAS sedar ia berada sebagai rakan kongsi dalam kerajaan dan tahu realiti kekuatan yang ada padanya. Namun apabila sesuatu sebegini diluluskan dalam keadaan PAS berada dalam kerajaan, ia mendorong PAS untuk menentang kerana ia melibatkan isu mungkar dan PAS tidak akan sekali-kali membiarkan dirinya bersekongkol dengan perkara seperti ini apa alasan sekali pun.

PAS sedar waktu ini ia tidak punya kekuatan lagi untuk mengharamkan aktiviti perjudian yang dilesenkan MOF tetapi paling kurang PAS saya yakin tidak akan terlibat dalam apa sahaja langkah untuk menaik dan memajukan lagi industri maksiat ini ia bukan sesuatu yang boleh dikompromi.

Siapa sahaja dalam PAS yang sanggup menerima isu ini atas apa alasan sekalipun jelas telah menentang dasar dan.prinsip parti dan beliau itu akan ditentang dan dipertanggungjawabkan oleh ahli-ahli PAS.

PAS istiqamah dan solid menolak kelulusan 22 kali Special Draw ini, tiada tolak ansur.

30 September 2021 | 23 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor