Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
SELAYANG, 30 September – “Alhamdulillah jumlah pesakit COVID-19 yang ada di sini dah berkurangan”, kata Pegawai Pentadbiran Hospital Selayang kepada Team Syabab Care Malaysia, semalam.
Sumber berita perdana menyatakan bahawa, kuantiti pesakit-pesakit COVID-19 di hospital-hospital di seluruh negara adalah semakin berkurangan, Hospital Selayang turut tidak terkecuali.
Syabab Care Malaysia petang semalam, mengambil kesempatan menyantuni frontliners di Hospital Selayang dengan sumbangan kudapan seperti roti dan susu kambing. Mereka terdiri daripada para doktor, jururawat, pegawai keselamatan, staff pentadbiran serta pelbagai agensi lagi yang bertugas di sini.
“Bagi meringankan sedikit bebanan mereka, kami menghulurkan buah tangan bagi menyenangi hati mereka dengan perkara yang mengembirakan seperti sumbangan makan minum”, kata Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar juga pengerak utama Syabab Care Malaysia.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang menginfaqkan harta masing-masing melalui Syabab Care Malaysia. “Kami telah sampaikan amanah anda untuk disampaikan kepada para frontliners. Ayuh teruskan menyumbang bersama kami”, katanya lagi.
“Anda sumbang, kami sampaikan”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor