Oleh IBNU JANIE
AYER KEROH, 30 Sept: Polis Melaka akan menutup semua tujuh operasi sekatan jalan raya (SJR) daerah di negeri ini bermula 12.01 tengah malam ini.
Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, penutupan itu susulan peralihan Melaka ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPPN) bermula esok.
Selain itu, jelasnya, penutupan itu juga selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk merancakkan sektor pelancongan negeri ini melalui kempen ‘Melakan Visit Melaka’ seperti diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini.
“Bagaimanapun, SJR di semua pintu masuk negeri masih kekal kerana Melaka masih menutup pintu masuknya kepada mana-mana pelancong dalam dan luar negera seperti diumumkan sebelum ini.
“Sehubungan itu, Polis Melaka mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan orang ramai di atas kerjasama sepanjang SJR Fasa 1 dan 2 PPN sejak 1 Jun lalu sehingga berakhir tengah malam ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Polis Melaka sebentar tadi.
Menurut kenyataan itu, tujuh SIR daerah yang ditutup adalah di Pulau Sebang, Cherana Putih, Rumbia di Paya Rumput, Gapam, Sungai Rambai, Kesang dan Bemban di Tehel.
“Kerajaan negeri hari ini mengumumkan Melaka kekal tidak membenarkan kedatangan pelancong luar ke Melaka buat masa ini biarpun telah beralih kepada Fasa 3 PPN esok.
“Keputusan itu sama seperti diumumkan sebelum ini yang mana sektor pelancongan hanya untuk rakyat di Melaka sahaja melalui kempen “Melakan Visit Melaka,” ujar kenyataan itu.
PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA
JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.
Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.
Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.
|