Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : Mus’ab
SUNGAI BESAR, 25 September – Pasar Jerami yang terkenal dan popular dengan pemandangan tepi sungai dan santai, kini telah berwajah baru dan memulakan operasi seperti biasa.
Pasar Jerami kali ini telah membuat satu kebangkitan semula setelah beberapa bulan tidak dapat meneruskan operasi akibat PKP dan kini beroperasi di lokasi yang baharu, tidak jauh dari lokasi lama iaitu di Parit 14 Simpang 5.
Kemeriahan pengunjung dan mereka yang singgah ke Pasar Jerami ini menambahkan seri dan penyegar buat peniaga dan penjual. Ditambah lagi dengan kebenaran untuk rentas daerah, kepelbagaian latar belakang pengunjung yang hadir memberikan rezeki buat peniaga yang berniaga di Pasar Jerami ini.
Menampilkan suasana dan landskap yang sedikit berbeza, Pasar Jerami ini akan beroperasi pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 3 petang hingga 7.00 petang. Hampir 50 peniaga yang berdaftar dan berniaga di Pasar ini.
Jemput hadir beramai-ramai ke Pasar Jerami dan nikmati kehijauan sawah padi dan suasana kampung yang menggamit memori.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor