Home Berita PAS Selangor

Deruman jentera besi menghangatkan suasana – ARC Bandar Saujana Putra

4
SHARE

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

Deruman ARC Selangor | Alternative Riding Club Selangor

Oleh : Uwais Al-Qarni

SUNGAI BESAR, 26 September – Pengumuman kerajaan mengenai kelonggaran rentas daerah dimanfaatkan sebaiknya oleh sekumpulan anak muda iaitu Alternative Riding Club (ARC) Bandar Saujana Putra pagi ini.

Aktiviti yang diadakan secara kerap dan memfokuskan kepada anak muda bermotorsikal ini ialah mengadakan jaulah ke rumah Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Besar, Ustaz Fadzin Taslimin dan rumah mantan Ketua Cawangan PAS Tebok Marso, Ustaz Solehen serta merasai kenikmatan dan keistimewaan yang terdapat di sekitar Sungai Besar pada hari ini.

“Jaulah dan ziarah ini adalah salah satu perkara yang Allah perintahkan kepada kita. Maka, teruskan usaha ziarah untuk kita menjaga kebajikan sahabat mahupun saudara se-Islam kita khususnya anak muda dengan cara permotoran nya.” ujarnya ketika memberikan taujihat.

Dianggotai dengan hampir 30 anak muda dan 28 buah jentera menghangatkan laluan Kuala Selangor ke Sabak Bernam pada hari ini. Kekuatan ini terhasil dari kumpulan ARC Bandar Saujana Putra, ARC Puchong, ARC Kota Raja dan ARC Kundang.

Kumpulan ARC dan konvoi pada hari ini diketuai oleh Tuan Muhammad Dalian Abd. Rahman, Setiausaha Cawangan Bandar Saujana Putra.

“Harapan kami agar anak muda yang bersama kami ini menjaga akhlak sebagai ahli ARC dan terus mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN disamping merapatkan ukhuwah dan silaturahim dikalangan ahli ARC”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor