Home Rencana PAS Selangor

Jangan perlekeh, serban pakaian sunnah – DPPN Selangor

21
SHARE

May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎Saya mendengar ulasan ustaz berserban ini mengenai salah satu tafsiran Surah al-Ikhlas yang mengatakan dhomir هو itu kembali kepada Nabi sallallah alaih wasallam. (Rujuk video asal: https://youtu.be/-13XkvHTOrE) kebenaran Like Reply Reply Sy akan berusaha utk besarkan lagi lilitan serban.. 9h Haha Reply 15‎"‎‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Hanif J

Teguran itu baik, cuma jangan perlekeh amalan sunnah yang baik. Serban pakaian sunnah.

Imam Bukhari dalam kitab sahihnya telah memasukkan satu bab iaitu باب العمامة

Dibawah bab itu, beliau memasukkan hadis

لا يلبس المحرم القميص ولا العمامة ولا السراول الى أخر الحديث

Juga dalam Sahih Bukhari dlm Kitabul Wudhuk diriwayatkan dari tariq Jaafar Bin Amar r.a:

رايت النبي صلى الله عليه و سلم يمسح على عمامته و خفيه..

Aku melihat Baginda SAW menyapu ke atas serban dan kedua khuf Baginda SAW..

Demikian juga riwayat Sahih Muslim dari tariq Mughirah Bin Syu’bah r.a:

توضأ النبي صلى الله عليه و سلم و مسح على الخفين و العمامة..

Telah berwudhuk Nabi SAW dan telah menyapu ke atas kedua khuf dan serban Baginda SAW..

Maka dari hadis-hadis ini telah sabitlah bahawa memakai serban adalah di antara sunnah Baginda SAW dan mereka yang memakainya akan mendapat pahala sunnah dan yang paling penting akan mendapat Muhabbat dan Cinta Allah Rabbul Izzah sepertimana janji Allah dalam firmanNya :

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (31)

Katakanlah wahai Muhammad SAW sekiranya kamu mencintai Allah maka hendaklah kamu ittiba’akan daku. Nescaya Allah akan mula mencintai diri kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.

(Surah Ali ‘Imran: 31)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor