Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bertujuan untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963.
Hari Malaysia juga memainkan peranan yang besar sebagai asas pembinaan semangat kebangsaan.
Dewan Muslimat PAS Gombak (DMPG) ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Gombak. DMPG menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama kita mengukuhkan asas perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia.
Selamat Hari Malaysia!
16 September 2021 | 9 Safar 1443H
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor