Home Rencana PAS Selangor

Salam perpaduan, salam Hari Malaysia – YDP PAS Kawasan Shah Alam

10
SHARE

May be an image of 3 people and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Shah Alam

Oleh : Ust Ahmad Dusuki Abd Rani
YDP PAS Kawasan Shah Alam

Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun tanggal 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun tahun 2021 kita lalui dengan penuh cabaran, namun dengan semangat perpaduan pelbagai bangsa dan budaya di negara ini pastinya akan kita tempuhi bersama-sama.

Tarikh 16 September perlu disemat dalam jiwa rakyat Malaysia sebagai simbolik dan peringatan penubuhan Persekutuan Malaysia.

Semoga kita dapat menyuburkan lagi rasa cinta kepada negara kita Malaysia, berlandaskan acuan Islam yang sebenar dan negara kita segera bebas daripada wabak Covid-19 yang melanda negara ini. Amin Ya Rabbal A’lamin

16 September 2021 | 9 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor