Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
PERUTUSAN HARI MALAYSIA
PESURUHJAYA PAS SELANGOR
YB DATO DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Syukur, semoga negara yang kita cintai ini akan terus kekal sejahtera, aman, makmur dan stabil dengan cara kita sendiri menguruskan tanpa campur tangan kuasa luar.
Semangat menangani musuh wabak Covid-19 yang berlaku pada hari ini adalah hasil kesepaduan semua rakyat Malaysia dan kesungguhan pemimpin kerajaan negara kita.
Kita telah bertekad untuk jatuh bangun bersama. Kesusahan kita menghadapi Covid-19 harus dijadikan pengajaran untuk bangun semula menyuburkan sosial, ekonomi keluarga, masyarakat dan negara.
Sebarang usaha membawa pengaruh dan pendanaan dari luar untuk berkuasa di dalam negara kita adalah suatu pengkhianatan kepada negara yang kita cintai.
Semoga kepelbagaian dan kemajmukan kaum dan anutan agama akan menjadi citra untuk kita terus mengolah dan menguruskan negara dengan cara kita sendiri, menjadikan satu keluarga Malaysia yang realistik dan diredhai Allah SWT.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor