Home Rencana PAS Selangor

Selamat Hari Malaysia 2021: Malaysia prihatin – Ketua DMPN Selangor

12
SHARE

May be an image of ‎3 people and ‎text that says "‎MALAYSIA PRIHATIN SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2021 Dewan Muslimat AS Neger Selangor Dewon Muslimat PAS Selangor نکnat MEDIABARE‎"‎‎

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan Hassan

Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor

Hari Malaysia merupakan sambutan bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia hasil gabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi pada 16 September 1963. Sambutan Hari Malaysia memberi makan yang mendalam kepada Malaysia kerana ia mengingatkan seluruh rakyat bahawa pembentukan Malaysia dapat direalisasikan hasil pengorbanan pejuang-pejuang negara terdahulu. Mereka tidak pernah berputus asa mengerah keringat demi melihat lahirnya sebuah negara Malaysia yang merdeka dan rakyat yang bersatupadu.

Menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkan kesatuan dan keharmonian tanah air yang tercinta ini. Sejarah telah membuktikan, keluarga Malaysia ini telah sekian lama berganding tangan melalui pelbagai liku dan cabaran sehingga ke hari ini dengan mengenepikan perbezaan latarbelakang, fahaman agama dan bangsa,. Perbezaan tidak menjarakkan malah ia lebih mendekatkan. Sesungguhnya, tanggungjawab ini mesti terus digalas bersama demi mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemajuan negara.

Perjuangan kita hari ini lebih tertumpu kepada memerangai pandemik Covid-19 dari terus mencengkam kehidupan kita. Usaha kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif dan merangka pelbagai pelan tidak akan berjaya jika kita tidak memainkan peranan kita bersama. Biarpun kita tidak berjuang bersama para petugas kesihatan di hospital dan klinik kerajaaan, tidak mampu bertahan bersama polis dan askar menahan terik panas matahari di sekatan jalan raya (SJR) mahupun tidak bersama para sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kita berperanan menjaga diri dan keluarga dari dijangkiti Covid-19 ini. Biarpun ia nampak kecil, namun kitalah sebenarnya barisan hadapan menghadapi pandemik ini.

Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia yang sedang berjuang pada masa sukar ini. Semoga Allah swt membukakan jalan keluar bagi kita dari segala kekusutan dan kesempitan hidup ketika ini. Semoga perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian yang telah berakar di hati rakyat Malaysia sekian lama terus subur dan mekar. InshaAllah.

16 September 2021 | 9 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor