Oleh TASNIM MUSTAFFA
ALOR SETAR, 15 Sept – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) Tahfiz at-Taklimiah Alor Setar mensasarkan lebih 1000 penerima vaksin jumpa terus dalam Program Outreach Vaksinasi Kebangsaan DUN Alor Mengkudu, dekat sini.
PPV SRITI Tahfiz at-Taklimiah membuka peluang kepada penduduk yang berumur 18 tahun keatas terutamanya warga emas dan warga asing yang tidak mendaftar melalui Mysejahtera.
Turut hadir ke PPV SRITI Tahfiz at-Taklimiah harini ialah Ahli Dewan Negara, YB Senator Ustaz Ahmad Yahaya dan Pegawai Daerah Kota Setar, Dato Mohd Asri Redha Abdul Rahman.
Pendekatan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 peringkat negeri bagi membantu meningkatkan suntikan vaksin penduduk terutama golongan yang tidak berdaftar.