Oleh IBNU JANIE
AYER KEROH, 10 Sept: Sebanyak 485 kes positif dan tiga kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.
Menurut JKN Melaka lagi, daripada 485 kes positif baharu yang direkodkan itu, 479 kes adalah daripada kategori kes tempatan, tiada kes daripada kategori kes import A dan masing-masing tiga kes daripada kategori kes import B dan kategori banduan/OKT/PATI.
Tambah laporan itu, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 209 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 46 kes di Daerah Jasin dan 230 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.
Sebanyak 417 kes sembuh baharu direkodkan hari ini sementara 7282 kes masih dirawat dengan 72 kes adalah daripada kes ICU dan 23 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.
Kes kematian
Menurut JKN Melaka, daripada tiga kes kematian baharu direkodkan hari ini, dua kes direkodkan di Daerah Alor Gajah melibatkan mangsa wanita berumur 49 dan 61 tahun, sementara satu kes lagi direkodkan di Daerah Melaka Tengah melibatkan mangsa lelaki berumur 43 tahun.
Laporan kluster
Satu kluster baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Batu Berendam yang merupakan kluster tempat kerja yang dikesan di Mukim Batu Berendam, Daerah Melaka Tengah melibatkan 21 kes positif setakat hari ini.
Kes seluruh Malaysia
KKM juga melaporkan sebanyak 21,176 kes positif baharu, 341 kes kematian baharu dan 21,476 kes sembuh baharu turut direkodkan hari ini.
Laporan itu juga menyatakan bahawa sebanyak 242,161 kes aktif semasa direkodkan seluruh negara setakat hari ini.
Hari ini Sarawak masih mencatatkan kes baharu harian tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 3734 kes, diikuti oleh Selangor yang mencatatkan 3595 kes dengan semua negeri atau wilayah ada merekodkan kes baharu hari ini.
UNTUK ORANG MASJID TANAH, JEMPUT MEMBELI PADA SABTU 10 SEPTEMBER 2021 PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari. Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV. Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi. |