Oleh MOHD SABRI ABU BAKAR
KUPANG, 8 Sept : Dua beranak yang hidup dalam kesempitan selain diuji dengan penyakit kronik di sini akan dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Charok Sikin, Muhamad Rosli Salleh berkata, Siti Jauliah Abd Hamid, 55, penghidap kencing manis terlantar selepas kaki kiri dipotong hingga paras lutut.
Menurutnya, wanita itu turut mengalami sawan dan selalu diserang penyakit itu hingga kerap jatuh dari katil.
“Salah seorang anaknya, Mohd Salman Ismail berusia 30 an pula diuji dengan penyakit saraf yang menghalangnya bekerja.
“Salman menanggung isteri serta tiga anak berusia dua, empat dan enam tahun. Isterinya suri rumah sepenuh masa,” katanya kepada Media PAS Baling.
Terdahulu, dua beranak itu diziarahi ADUN Kupang Brigadier Jeneral Dato’ Najmi Ahmad pada siang tadi.Beliau berkata, dua atau tiga kali seminggu, Salman perlu menerima rawatan di hospital.
Jelasnya, dua beranak itu tinggal berasingan.
“Salman, isteri dan anak-anaknya yang sebelum ini menyewa rumah di sebuah taman terpaksa menumpang sementara di rumah pak saudaranya.
“Ini bagi memudahkan urusannya ke hospital. Ibunya tinggal bersama anak-anak yang lain,” katanya.
Menurutnya, hasil tinjauan, YB Najmi akan menyumbangkan sebuah katil khas kepada Siti Jauniah bagi mengelakkan dia terjatuh dari katil.
“Salman pula dibantu Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang melalui agensi berkaitan.
Beliau berkata, mana-mana pihak yang ingin membantu keluarga itu dialu-alukan dn boleh menghubungi Rosli di talian 019-7540278.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”