Home Rencana PAS Perak

Mukmin Itu Bersaudara | Dr Najihatussalehah Ahmad

2026
SHARE

Persaudaraan merupakan satu ikatan yang mana Allah SWT telah mengikatnya di antara orang-orang yang beriman. Sekiranya kita mendapati sesiapa sahaja sama ada dari timur atau barat yang beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari Akhirat maka dia adalah saudara kepada orang yang beriman. Di samping itu juga, persaudaraan ini juga mewajibkan orang beriman untuk menyayanginya sepertimana mereka menyayangi diri mereka sendiri atau sebaliknya. [Lihat Tafsir al-Sa’di, 800]

Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya menyebutkan juga, persaudaraan antara orang mukmin itu kerana sebab agamanya yang mulia, bukan kerana sebab keturunan atau nasab. Sebab persaudaraan kerana agama lebih kukuh dan teguh daripada persaudaraan kerana keturunan.

Persaudaraan kerana agama tidak akan terputus kerana berbezanya keturunan, sebaliknya persaudaraan kerana berbezanya agama bila-bila sahaja boleh terputus.

Siapa yang tiada sahabat ? Siapa pula yang tak sayangkan sahabat ? Saya yakin, semua orang mempunyai sahabat. Sahabatlah antara orang yang menjadi keutamaan selepas ahli keluarga kita. Ada yang sanggup bersusah senang demi sebuah persahabatan.

Berkata Imam Hassan Al-Banna: “Dan yang aku kehendaki berkaitan Ukhuwwah ialah kamu mengikat hati-hati dan roh-roh dengan ikatan Aqidah. Ikatan aqidah itu amat kukuh dan mahal. Ukhuwwah saudara kepada iman manakala perpecahan saudara kepada kufur. Kekuatan yang utama ialah kekuatan kesatuan, tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Serendah kasih sayang ialah berlapang dada manakala martabat paling tinggi (mengutamakan orang lain).”

Sayangi sahabat anda 😘#ukhwah
#yongjiha
#Dmpnperak
#Islammemimpinwanitasejahtera