Oleh SITI SALWANI MOHD KASSIM
KOTA MELAKA, 6 Sept: Jenazah mantan Ketua Penerangan PAS Melaka, Almarhum Norazizan Md Nordin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai, di sini, kelmarin.
Menurut sumber keluarganya, Almarhum menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.19 malam, 3 September lepas akibat penyakit pneumonia.
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek turut merakamkan ucapan takziah buat Almarhum di laman Facebook rasmi beliau pada Sabtu.
“Almarhum seorang tokoh yang sangat baik, buah fikiran beliau banyak menyumbang kepada PAS Melaka. Semoga Allah membalas kebaikan Almarhum.
“Mewakili PAS Negeri Melaka, merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga. Semoga tabah dan sabar atas ujian ini.
“Didoakan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari. Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV. Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi. |