Home Berita PAS Selangor

KM Klang bersama YAS sumbang penapis udara untuk HTAR – PAS Kawasan Klang

98
SHARE

May be an image of 6 people and people standing

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 3 Sept – Yayasan Amal Selangor dan Khidmat Malaysia Klang sumbang 2 unit penapis udara dan makanan ringan seperti roti dan air minuman di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) semalam.

Pengerusi Yayasan Amal Selangor, Encik Azri Mohamad Arish telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada Encik Faieza Imran selaku Pegawai Perhubungan Awam HTAR sekitar 4.00 petang di Bangunan Utama HTAR, Klang. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Penyelaras Khidmat Malaysia Klang Ustaz Khalid Nayan, Pengerusi KASEH Encik Izam Awalludin dan Pengerusi Kota Raja Care Ustaz Yusof.

Menurut Encik Azri, sumbangan yang diberikan pada petang ini merupakan salah satu tanda penghargaan dan ucapan terima kasih buat petugas di barisan hadapan di HTAR dan berharap dengan adanya 2 unit penapis udara ini dapat memberi lebih semangat kepada ‘frontliners’ melaksanakan tugasan harian dalam suasana yang selesa.

Tambahnya lagi, “kita tidak tahu bilakah pandemik Covid-19 ini akan berakhir, namun kita jangan berputus harap dan kita mestilah saling berganding bahu membantu para petugas di barisan hadapan ini biar pun dengan sumbangan kita ini nampak kecil tetapi ianya memberi impak yang besar di kemudian hari”.

Program di HTAR berakhir sekitar 5.15 petang.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor